Aluan Ketua Editor


‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ dan Salam Perpaduan


Selamat datang ke Majalah SciTech saya ucapkan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat izinNya, Majalah SciTech telah berjaya diusahakan bagi menghasilkan penampilan sulung secara atas talian bermula April 2023.

Majalah SciTech merupakan wadah bacaan umum berlatar-belakangkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (S.T.E.M.) yang memaparkan kandungan bacaan yang sesuai untuk dibaca bermula peringkat awal remaja. Majalah ini diterbitkan dengan tema 'Memasyarakatkan Sains dan Teknologi' supaya segala kandungan yang dihidangkan boleh difahami dan menjadi tarikan minat para pembaca dari segenap latar-belakang pendidikan.

Karya-karya yang dipaparkan merupakan hasil sumbangan secara sukarela oleh ahli-ahli profesional dari sektor akademik mahupun industri. Segala kupasan dan karangan telah melalui proses verifikasi dan suntingan oleh pihak Editorial tetap atau sambilan yang terdiri daripada pakar-pakar bidang. Oleh itu, diharapkan para pembaca dapat menimba ilmu pengetahuan dan sedikit-sebanyak menimbulkan minat terhadap bidang S.T.E.M.

Akhir kata, saya amat berharap agar budaya membaca di kalangan Masyarakat Malaysia dapat dipertingkatkan terutama dalam menhayati bahan bacaan berbentuk S.T.E.M. kerana perkembangan dan penerokaan biang Sains dan Teknologi merupakan pemangkin utama dalam kemajuan Negara.

Sekian, terima kasih.


'Memasyarakatkan Sains dan Teknologi'


Ikhlas,

Prof. Madya Ts. ChM Dr. Darfizzi Derawi

Ketua Editor

Majalah SciTech