Racun Perosak Salah Satu Penyebab Diabetes

12 Julai 2024

Ditulis oleh:

Dr. Nurulain Mustafa Udin 


Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, 

Fakulti Sains Gunaan, 

Universiti Teknologi MARA

PM. Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail


Jabatan Kesihatan Pesekitaran dan Pekerjaan,

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, 

Universiti Putra Malaysia

Dr. Aida Soraya Shamsuddin


Institute for Environment and Development (LESTARI), 

Universiti Kebangsaan Malaysia

Diabetes adalah salah satu penyakit metabolik kronik yang lazim pada masa kini disebabkan oleh peningkatan paras glukosa (gula) di dalam darah terutamanya selepas pengambilan makanan. Keadaan ini disebakan oleh kurangnya hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Dilaporkan kira-kira 500 juta orang telah menderita penyakit diabetes di seluruh dunia dan 1.6 juta kematian telah dicatatkan pada 2019 disebabkan oleh penyakit ini. Di Malaysia, kira-kira 3.9 juta (18.3%) orang dewasa telah menghidap diabetes dan hampir separuh daripada pesakit tidak menyedari status penyakit mereka (BERNAMA, 2022).


Penyakit diabetes telah mencetuskan kebimbangan dalam bidang kesihatan awam kerana ia memberi impak sinergis kepada penyakit kronik lain seperti penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang dan hipertensi. Peningkatan penyakit-penyakit ini meningkatkan kos penjagaan kesihatan untuk merawat pesakit diabetes, pembelian ubat-ubatan, perkhidmatan perubatan dan juga penyelidikan berkaitan penyakit ini. Oleh itu, pencegahan dan rawatan diabetes telah menjadi isu utama pada masa kini. Diabetes adalah penyakit yang dikaitkan dengan interaksi pelbagai faktor risiko termasuk genetik, persekitaran dan gaya hidup. Obesiti, gaya hidup yang tidak aktif, jangkitan hepatitis C, merokok dan tabiat pemakanan yang tidak sihat adalah punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kelaziman penyakit diabetes.

Namun, tahukah anda bahawa penggunaan racun perosak dalam pertanian juga memainkan peranan dalam perkembangan penyakit diabetes jenis 2 dalam masayarkat kita. Peningkatan penggunaan racun perosak di Malaysia adalah didorong oleh perkembangan sektor pertanian yang progresif, melibatkan penggunaan racun perosak di pelbagai ladang sayur-sayuran, buah-buahan, padi, kelapa sawit dan getah. Pada tahun 2016, penggunaan racun perosak di Malaysia adalah 44,199.43 tan bahan aktif, dengan jumlah penggunaan sebanyak 5.9 kg/ha tanah pertanian (Kamaruzaman et al., 2020). Kajian menunjukkan bahawa kandungan bahan kimia pengganggu endokrin (EDCs) yang terdapat dalam racun perosak mampu mengganggu fungsi normal organ pankreas. Keadaan ini akan menjejaskan kandungan insulin dan toleransi glukosa di dalam badan, seterusnya mendorong perkembangan penyakit diabetes. Antara kajian yang menunjukkan perkaitan di antara racun perosak dan penyakit diabetes dinyatakan seperti berikut:



Memandangkan beban penyakit diabetes kepada masyarakat dan kerajaan semakin meningkat, penyelidikan amat diperlukan bagi mencapai matlamat mengurangkan kelaziman diabetes, terutamanya di rantau Asia Tenggara. Antara jurang pengetahuan yang perlu dipenuhi adalah berkenaan kesan pendedahan racun perosak ke atas perkembangan penyakit diabetes, yang berbeza mengikut jantina, bangsa dan etnik di Asia.

Rujukan: